Assalamualaikum..
Kalau dah nama nya perempuan mesti suka pada kecantikkan..
Tak kira laa pada diri sendiri, barang mahu pun persekitaran..
Memang itu sifat semulajadi seorang Wanita..
Tapi zaman sekarang lelaki pun tak ketinggalan juga..
Ramai yang dah sedar akan kepentingan kebersihan diri..
Yela, tak kan nak cantik tanpa bersih kan..
Macam tak logik pulak..
Okay lah, sebelum Dyana meraban lebih banyak..
Meh nak share sikit cara spiritual untuk cantik + sihat.. :)
Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
- Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
- Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
- Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingatkan, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
- Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
- Baca surah Al-waqiah ayat 35-38 setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala, boleh juga dibaca dan dihembus ke dalam air minuman
(Boleh buat WallPaper for Hafalan)
- "Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan yang istemewa. Serta kami jadikan mereka sentiasa dara (ABQARA yang tidak pernah disentuh). yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan" - (Surah Al-Waqiah, ayat 35-38)
Extra Note :
- Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
- Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda. Boleh la Google youtube untuk audionya ok !
- Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut (aiyoo, cacing masuk kaki nanti???) di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun. (alamak rumah i tak ada rumput, all tile sebab nak prevent kucing berak..huhuhu, dah kena SKIP this step laa..wakaka !)
- Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
- Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
- Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah. Amalkan solat tahajud (haa, kalau tidoq MATI..).
- Sentiasa tenang dan bersikap positif. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah. Maafkan semua orang sebelum tidur.
Tak susah kan nak cantik + sihat + bersih..
Murah tanpa kos sebenarnya..
Semua terletak pada kita, antara hendak dan tak nak jea..
Okay, semoga bermanfaat & selamat beramal..
No comments:
Post a Comment
Thanks for your time to stop by. :-)