harini nak kongsi sikit pasal diet-mendiet nih..semua orang mesti nak nampak gojes dan menarik kan..lebih-lebih lagi kaum hawa ^_*...btoi dak??oklah berdiet tue tak salah...janji betul caranya & tak mendatangkan kemudaratan...dan paling penting sekali diet lah untuk kesihatan pasti berjaya...hehee
nak turun kan berat badan nih berkait rapat dengan kadar metabolisme..jom baca;
10 Petua Untuk Menigkatkan Kadar Metabolisme Bagi Mempercepatkan Proses Penurunan Berat Badan.
1. Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita
sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat.
Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada
mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari
manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.
3. Minum banyak air – Badan kita memerlukan air untuk
memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated),
kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8
gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan,
kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai
tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan
air.
5. Makan lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan. Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.
6. Pedaskan masakan anda – Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang bolehmeninggikan kadar metabolisme.
7. Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.
8. Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. (agak sukar untuk lakukan, betul tak?)

9. Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2 – 4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.
10. Elakkan crash diet - Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.
Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme ialah :-
1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi.
2. Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat. (Ini disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih banyak lemak – faktor hormon)
3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas
credi to:alpha lipid slim diet
No comments:
Post a Comment
Thanks for your time to stop by. :-)