March 06, 2012

++ PTPTN ++

Assalamualaikum,

selamat pagi, good morning, konichiwa....apa kabor hari nie?? harap sihat sejahtera yea..kalau tak sihat tue cepat - 2 laaa melawat Klinik ek.. ^_^
harini nak cite pasal bayaran balik pinjaman PTPTN...biasa lah,bila da habis belajar mesti kena bayar bila jumlah pinjaman tue kan..masa belajar dulu punya payah nak dapat, lambat jea masuk..tapi selamat masuk gak..hehehe..tapi bila nak bayar kena laa ikut caranya...lagi cepat lagi bagus, PTPTN confirm sayang...heeee =)

Kalau sape - 2 yang apply ujrah tue, dia dah fixed kan kena bayar berapa sebulan...aku pon apply gak && dapat...tapi tak teruskan..huhuhu,agak diluar kemampuan bulan - 2...jadi aku bayar ikut kemampuan jea lah...janji aku bayar gak kan - 3???hehehehe..aisshh melalut jea banyak...ok, aku share cara dia sekarang...

ada beberapa cara sebenarnya:

1) Kaunter
  • Ibu Pejabat PTPTN
  • One Stop Centre PTPTN, KL Sentral
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • CIMB Bank Berhad
  • Bank Simpanan Nasional
  • Pos Malaysia Berhad       
  • Ibu Pejabat LHDN                                                               

2) Potongan Gaji
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

3) Perbankan Internet

4)Laman Web PTPTN (e-FES) Melalui Financial Processing Exchange (FPX)
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • CIMB Bank Berhad
  • Public Bank Berhad
  • Maybank
  • Hong Leong Bank
  • RHB Bank

5)Pengeluaran Wang Melalui Akaun II (KWSP)
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)*
Tapi aku lebih selesa guna cara ke - 3, online banking..mudah,cepat && insyaallah selamat..aku pengguna CIMB, jadi macam nie cara yang aku buat.

a) daftar dengan http://www.cimbclicks.com.my/ dulu... (maaf tak reti taip KLIK SINI)


b) login && pilih pada bill payment

** sekadar hiasan semata, tiada kena mengena dgn yang hidap @ mati **

## jangan lupa masukkan no IC dengan no surat tawaran...kalau dah tak no surat tawaran boleh contact / email kat PTPTN ( 
PTPTN HOTLINE -  03-2080 4455 / 
http://icare.ptptn.gov.my/ )

## dah selesai pembayaran, jangan lupa print slip tue...sebagai bukti laa dah bayar...

c) kalau nak check lak berapa jumlah bayaran tertunggak, berapa banyak dah bayar or senang cerita penyata PTPTN, semak kat sini EFES. Dekat sini pon boleh buat pembayaran jugak.

** sekadar hiasan semata, tiada kena mengena dgn yang hidap @ mati **

** Maklumat penting !

SEMAKAN PENYATA KIRA-KIRA (e-FES)
  1. Kata Laluan             : No. Kad Pengenalan Peminjam
  2. No. Pin/Password     : No. Pembiayaan Peminjam (Sila rujuk no. pembiayaan pada Penyata Kira-Kira)
  • Setiap pembayaran yang dilakukan melalui kaunter bank atau secara dalam talian (online) akan dikenakan caj perkhidmatan oleh pihak bank.
  • Sila simpan slip pembayaran atau cetak resit bayaran untuk simpanan anda.
  • Resit rasmi PTPTN hanya akan dikeluarkan sekiranya pembayaran dibuat terus kepada PTPTN.
  • Pembayaran melalui cek peribadi adalah dibenarkan.
 
Sekian sahaja dari aku, dah panjang lebar bagai...mesti pening nak paham kan..tak pe, try baca slow -2 ok...hehehe..harap entry nie dapat membantu anda ! ^_~

Kredit kepada : http://www.ptptn.gov.my/ && mr GOOGLE untuk gambar - 2 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your time to stop by. :-)

Spread the LOVE